Langkau pelayaran

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,Sila baca artikel yang disisipkan di sini. Baca arahan dengan teliti kemudian tulis komen anda di ruangan yang disediakan di dalam blog ini. Selamat mencuba!

Tugasan Renungan Artikel BH 1

Salam manis,

Cikgu Rina

Api! Api!

Api! Api!

Salam sejahtera. Apa khabar, semua? Kami, Afiqah, Amirah dan Munirah dari Kelas 106 baru sahaja menghadiri satu perkhemahan yang telah dianjurkan oleh sekolah kami. Perkhemahan tersebut terletak di Taman Bottle Tree di Yishun. Kami bertiga ingin berkongsi pengalaman kami setelah melalui tiga hari di situ.

Hari yang dinanti-nantikan tiba. Semua pelajar Menengah 1 berkumpul di sekolah pagi-pagi lagi. Setiap pelajar menyandang beg yang padat dengan pakaian dan keperluan selama tiga hari. Selepas menyanyikan lagu Kebangsaan dan menyatakan Ikrar, kami pun berpusu-pusu masuk ke kelas masing-masing. Pada masa itulah guru-guru kami memperkenalkan kami kepada Peer Support Leader (PSL) atau Ketua Rakan Sebaya kami. Setiap kelas diiringi oleh sekumpulan PSL. Mereka pelajar-pelajar dari Menengah Empat. Mereka akan ‘menjaga’ kami sepanjang perkhemahan itu.

Selepas itu, bas kami pun tiba dan kami pun menaiki bas tersebut. Di dalam bas, kami bertiga terfikir tentang apa yang akan kami lakukan di sanan nanti. Setengah jam kemudian, kami pun sampai ke destinasi. Kami bertiga berasa amat gembira dan tidak sabar lagi untuk menikmati suasana perkhemahan.

Semua pelajar diperkenalkan kepada instruktur kami. Aktiviti pertama kami adalah mendirikan khemah sendiri! Nasib baik rakan-rakan dari Menengah Empat membantu kami. Hampir sepuluh minit kemudian, khemah kami pun siap. Kami berpeluh-peluh kerana cuaca panas terik. Kami meletakkan barang-barang kami di dalam khemah lalu memulakan aktiviti yang seterusnya. Kami akan bertanding dalam setiap aktiviti yang kami lakukan, seperti ‘Amazing Race’. Dapat dilihat bahawa setiap pelajar bermain dengan semangat. Permainan kami amat mencabar.

Selepas itu, kami makan tengah hari. Kami disediakan dengan nasi campur sayur dan ayam. Sebelum makan, kami dikehendaki ‘merayu’ dengan bersorak sebelum dibenarkan makan.

Tiba-tiba, Komanden Kem memberitahu kami satu berita buruk. Kami semua dikehendaki pulang ke sekolah kerana ada ‘masalah’ di dalam tandas. Kami berasa sangat terperanjat dan berasa amat kecewa sekali. Kami harus membuka khemah kembali dan mengemas barang-barang kami. Perkhemahan akan diteruskan di sekolah pula.

Pengalaman berkhemah amat seronok. Pada keesokan harinya, kami bertiga bangun awal-awal lagi supaya dapat mandi memandangkan bilik mandi hanya dua sahaja. Pelajar perempuan tidur di dalam bilik darjah manakala pelajar lelaki tidur di dewan beramai-ramai. Apabila kami bertiga sudah bersedia, kami turun ke kantin untuk bersarapan. Barulah kami rasa bertenaga selepas makan. Instruktur kami memberitahu kami bahawa setiap kelas harus menghasilkan satu sketsa untuk malam ‘Campfire’. Kakak Fatin, PSL kami mengajar kami menyanyikan lagu-lagu yang menarik. Akhirnya, kami bersetuju untuk menyanyikan lagi ‘When I Grow Up’ oleh kumpulan Pussycat Dolls. Kami juga diajar menari. Budak-budak lelaki berlakon untuk sebuah sketsa.

Pada malam ‘Campfire’ hati kami berdebar-debar kerana takut jika kita tersilap nanti di depan ibu bapa yang akan menjadi penonton kami nanti. Tiba masa persembahan, kami pun melakukan yang terbaik untuk kelas kami.

Keesokan harinya merupakan hari terakhir. Kami semua berasa sedih kerana perkhemahan akan tamat tidak lama lagi. Sepelas sarapan, kami pun bergambar dan mengucapkan selamat tinggal kepada intruktor kami.

Banyak perkara yang telah kami pelajari dari perkhemahan itu.  Pertama, sifat bekerjasama amat penting dalam apa jua aktiviti. Jika tidak, semuanya tidak akan berjaya.

Bagaimana pula anda sekalian? Bagaimanakah pengalaman anda dalam perkhemahan tersebut? Ceritalah jika tidak keberatan.

Salam manis daripada,

Afiqah, Amirah dan Munira

Kelas 106 2009

Lelaman ini dicipta khas untuk pelajar-pelajar Menengah Satu Aliran Ekspres Tahun 2009 yang baru melangkah masuk ke alam persekolahan. Kami, Cikgu Rina dan Cikgu Ayesha selaku guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah East View ingin mengalu-alukan kedatangan kamu ke sekolah kami.
Kami berharap para pelajar dapat menimba ilmu di samping mengukuhkan pertalian persahabatan dengan kawan-kawan baharu. Semoga para pelajar memanfaatkan lelaman Bahasa Melayu ini dengan sebaik-baiknya.
Sekian, hingga kita berjumpa lagi.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.